Sunday, 17 November 2013

Tanda-tanda bayi anda mendapat susu ibu yang mencukupi

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyususu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah: 

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran


Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut: 
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masin berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. 

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila: 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

Saturday, 16 November 2013

Tips-tips untuk mengatasi anak yang memilih dan sukar untuk makan


  1. Beri si anak makan ketika mereka lapar. Kitaran semulajadi akan berkembang dan ibu akan dapat mengatur rutin makan mereka.
  2. Biarkan si anak makan dengan sendirinya dan jangan memaksa anak makan sehingga pinggannya licin bersih kerana perbuatan tersebut akan memberikan tekanan kepada si anak dan akan mengurangkan selera makannya.
  3. Jika si anak menolak  sesetengah makanan, jangan cepat putus asa. Ulangi proses itu di kemudian hari dan ibu perlu mencuba sehingga 15 kali sebelum makanan tersebut diterima oleh si anak.
  4. Cipta suasana pemakan yang tenang. Ibu juga boleh memasang muzik yang riang untuk si anak. Jangan sesekali memasang TV kerana ini akan membuatkan si anak tidak memberi tumpuan untuk makan.
  5. Kerap memberikan jumlah makanan yang kecil dengan bentuk yang menarik sebagai permulaan dan berikan sedikit penambahan jika mereka masih lagi lapar.
  6.  Apabila si anak tidak suka sayur, hidangkan sayur tersebut secara tersembunyi seperti bayam yang dicincang dalam adunan cucur, lobak blend di dalam bergedil. Atau gantikan sayur tersebut dengan memberikan si anak buah-buahan di dalam menu mereka.
  7. Usahakan makan bersama keluarga. Si anak cenderung untuk meniru perbuatan orang dewasa. Jika mereka melihat ibu dan bapa mereka makan dengan banyak, mereka juga cenderung untuk makan dengan seleranya.
  8.  Berikan mereka penghargaan dan pujian jika mereka Berjaya menghabiskan makanan mereka. Jangan lupa untuk memerhati atau membicarakan tentang makanan lain yang menjadi kegemaran mereka.
Yang paling penting adalah ibu haruslah bersabar! Selera makan si anak mungkin akan berubah dari hari ke hari. Jadi adalah sangat penting untuk memberikan makanan seimbang untuk mereka.

Wednesday, 13 November 2013

Makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berusia 2 tahun



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan


1. Semua makanan pejal: Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan


1. Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat: Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.


2. Makanan Yang Telah Diproses: Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.


3. Putih Telur: Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.


4. Buah-buahan Citrus: Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.


5. Madu: Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!


6. Kacang, Mentega Kacang: Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.


7. Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur: Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.


8. Makanan Laut: Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.


9. Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.


10. Jus Buah Pekat: Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


11. Gandum dan Produk Gandum: Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

12. Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah: Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan


1. Susu Rendah Lemak: Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


2. Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah: Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Manfaat utama GLA Complex




Manfaat utama GLA Complex Shaklee

1. Memelihara kesihatan

Borage adalah sejenis herba yang digemari oleh orang barat. Borage berfungsi sebagai:
-meningkatkan stamina
-mengeluarkan virus
-melegakan kelesuan
-merawat ulser
-meringankan kebas urat saraf
membersihkan kahak

2. Meningkatkan hormon estrogen dan testosterone

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.


3. Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopause seperti berpeluh-peluh, insomia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utam bagi meningkatkan kesuburan. 

GLA mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

GLA juga membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil 'cecair kesuburan' di dalam rahim. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk telur dan sperma untuk terus hidup sehingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

5. Mencantikkan kulit.

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6. Mencantikkan rambut.

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah keguguran rambut.

7. Pelansingan.

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8. Menentang kanser.

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9. Menghalang komplikasi diabetes.

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

10. Menghalang tekanan darah tinggi.

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung)

11. Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

Berikut adalah testimoni pengguna GLA Complex yang berjaya.





sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Thursday, 7 November 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:


  1. tanah, yang bersifat kering;
  2. api, bersifat panas;
  3. udara, sejuk;
  4. dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

  1. bidan kampung;
  2. pengasuh khusus;
  3. emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. 
  1. Bengkung
  2. Urut-mengurut
  3. Jamu
  4. Bertungku
  5. Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.

"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.