Wednesday, 29 May 2013


KENAPA MEMILIH SHAKLEE

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun; generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara - ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan barunya, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai perabens, triklosan, phthalates, natriun lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa Setiap Produknya adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang "Votile"
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida 
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna 
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Shaklee Menjamin Tahap Kenerkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi Shaklee, mereka mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas ujian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui 'Landmark Study 2007' yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan Shaklee membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlit-atlit terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar meyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, Shaklee telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang Shaklee katakan adalah benar.

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji 
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee.
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa.
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee.
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM 

Shaklee Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee : Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan Shaklee masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu pejabat Korporat Shaklee telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Couteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    •  2008: Anugerah Stevia bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar-Sijil Pengahargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California




Ostematrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
Vitamin B-Complex


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
ESP - Soy Protien Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Tuesday, 28 May 2013

Vitamin C



Hari ini mari kita berkongsi tentang kebaikan dan kepentingan vitamin C untuk tubuh kita. Vitamin c sangat penting untuk:
  1. Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  4. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  5. Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  6. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apabila tubuh kita kekurangan vitamin C, ia akan menunjukkan kesan-kesan seperti berikut:
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


Perbezaan Shaklee dengan vitamin C yang lain
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


Siapakah yang sangat memerlukan vitamin C ?


 - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantikkulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Wednesday, 22 May 2013

Zinc Complex




Zinc Complex

Metabolik Semulajadi

Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalm pelbagai aktiviti biokimia. Satu tablet membekalkan 100% nilai Harian Zinc. Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Dirumus dengan zinc glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang. Dengan rumusan sayur-sayuran
VIVIX


VIVIX

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah da Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksida dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee

Vita-Lea for Children

Vita-Lea for Children

Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
Sumber kalsium pembina tulang
Baik untuk kesihatan
Bekalan harian untuk vitamin B

Kod Produk 
10100 (65 pil)


Vita-Lea Iron Formula



Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.




Tuesday, 21 May 2013

Performance Maximum


Performance Maximum

Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)

Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance Merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.

Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Kod Produk
20350 (539gram)

Peppermint-Ginger Plus


Peppermint-Ginger Plus

Melegakan senak perut.

Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.

Mengandungi empat herba formula yang unik.

Menyediakan pudina dan halia - penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut.

Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan.

Kod Produk
10126 (90 pil)

NutriFeron

NutriFeron

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun

Dicipta oleh individu yang menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr Yasuhiko Kojima merupakan individu pertam yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi.
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Kod Produk
10250 (30 stik x 1.2gram)
Garlic

Garlic

Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
Formulasi Shaklee yang unik.
Menggabungkan faedah kasihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.

Kod Produk 
10127 (60 pil)
DTX Complex



DTX Complex

Satu gabungan Shaklee yang unik di mana formula ini mengandungi ekstrak benih milk thistle yang ditunjukkan dalam satu penyelidikan ia dapat menyokong keupayaan badan untuk membentuk protein-protein yang diperlukan dalam regenerasipembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi cendawan Reishi dan Schizandra Chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksidan serta Dandelion, Kunyit, dan Artichoke untuk membantu memelihara aliran hempedu.

Kod Produk
10330 (90 kaplet)

Monday, 20 May 2013

Cinch Shake Mix



Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?".
Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.
Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina.
Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.
Terdapat 24gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang.
mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.
Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.
Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
Soya bukan GMO

Kod Produk
Cafe Latte - 20339 (765gram)
Vanilla - 20340 (765gram)
Chocolate - 20341 (765gram)
Cinch Energy Tea Mix



Cinch Energy Tea Mixdan tenaga .

Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa.

Selamat, peningkatan tenaga secara semulajadi. Enak dinikmati ketika panas atau sejuk.
Taurina, kajian secara meluas untuk miningkatkan ketahanan badan dan tenaga.
Pilihan yang terbaik untuk menggantikan manisan dan kpi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.
Bungkusan kecil yang mudah dibawa.
Eksklusif T-Lift.
Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Chewable Vita-C


Chewable Vita-C 100mg

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C

Vitamin C
Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.

Kod Produk 
10102 (90 pil)

CarotoMax



CarotoMax

Perlindungan Sel-Sel Dari Dalam 
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukan kerotin secara semulajadi.

Karotenoid yang paling berkhasiat

Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat. 
Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata.
Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak broccoli bertuna, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan

*Beta Karotena sama dengan 102 porsi Pisang
*Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
* Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink Grapefruit 
*Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi