Monday, 23 December 2013

Set Penjagaan Kulit Muka - Enfuselle Shaklee

Set penjagaan kulit muka Enfuselle Shaklee ini mempunyai dua set iaitu Set Enfusellle Normal to Oily dan Set Enfuselle Normal to Dry. Set ini memang setaraf dengan produk2 mahal di pasaran. Hasilnya sangat menakjubkan. Saya tau sebab saya sendiri  memang menggunakan skin care ini. Kulit saya pada mulanya tidak sekata. berminyak pada T-zone dan sangat kering di sekitar tepi mulut sampai kehitaman. setelah 2 bulan mengamalkan skin care Enfuselle Shaklee normal to oily, tona kulit saya kembali menjadi sekata. bahagian T-zone tidak lagi berminyak dan kawasan gelap dan kering di bahagian tepi mulut juga dah kembali normal dan sekata. Harga set enfuselle ini memang berpatutan dengan hasilnya dan set ini juga mampu bertahan sehingga 4bulan. Wah, lame kan. Jadi, ape tunggu lagi. Dapatkan set anda sekarang!!!

Set Enfuselle Normal to Oily mengandungi

1) Purifying Cleansing Gel
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan
* Mengandungi bahan2 khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
* Mencerahkan tona kulit
* pH yang seimbang
* Hipoalergenik

2) Purifying Toner
Merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
Terbukti secara klinikal untuk:
* Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
* pH yang seimbang
* Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
* Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar.
* Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer
Formula ringkas tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah.Mengekalkan kelembapan segera untuk menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berminyak. Terbukti secara klinikal:
* 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
* 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
* 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
* Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit 
* Hipoalergenik


Set Enfuselle Normal to Dry mengandungi
1) Hydrating Cleansing Lotion 
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
* Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri.
* Mencerahkan tona kulit
* pH yang seimbang
* Hipoalergenik

2) Hydrating Toner
Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. Terbukti secara klinikal
* Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
* pH yang seimbang
* Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
* Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembab bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta. Terbukti secara klinikal.
* 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
* 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
* 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
* Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24jam
* Garis-garis halus berkurangan dengan ketara 
* Hipoalergenik


sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.






Wednesday, 18 December 2013

Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.




Buasir Dalaman
Biasanya biasir dalaman tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis ini adalah yang selalu kita dengar mengakibatkan gelaja-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat saket. Gejala-gejala ini yang akan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dubuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyabab Utama Buasir

  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Penamalan seks melalui dubur.
Simptom-simptom Penyakit Buasir
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Atasi Buasir Anda Dengan Shaklee


Set buasir shaklee mengandungi Zinc, Omega dan Ostematrix. Ketiga-tiga supplement ini mempunyai funsi yang tersendiri untuk membantu penderita buasir.

Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang menbengkak tersebut. (Pengalaman saya, omega membantu saya membuang dengan kerap dan melembutkan najis)
Ostematrix membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.



Wednesday, 11 December 2013

Tips Memeriahkan Susu Badan


PEMAKANAN:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta

MINUMAN:
air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba

SUPPLEMENT YANG PERLU DIAMBIL:
omega 3
multivitamin
kalsium
vitamin c

URUTAN:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

MASA UNTUK MENGEPAM:
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalou kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
jgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal

UBAT:
Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)

CARA LAIN:
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut tetek pakai sikat?mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif

8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

Panduan Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

- Kosongkan payudara
Pastikan bayi menyusu secara efektif.kosongkan payudara dgn sempurna.Perhatikan juga posisi dan cara bayi melekap.Oleh itu amat penting untuk kita mengepam payudara selepas atau ketika menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar

- Kerapkan sesi penyusuan
Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya.Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan utk menyusu sekurang-kurangnya 1/2 jam - 2jam sekali di siang hari dan 3 jam diwaktu malam.

- Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
Sewaktu bercuti,ambillah 2 hingga 3 hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti lain yg boleh menggangu sesi penyusuan efektif.

- Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
Biarkan dia menyusu sehingga puas disebelah payudara kemudian tawarkan sebelah payudara lagi.

- Berehatlah
Minum ketika dahaga.(jangan paksa diri.minum air yg banyak tidak mbantu meningkatkan).dan makan makanan yg seimbang.

- Kerapkan Mengepam
Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dpt mbantu. Pengepaman sgt penting apabila bayi tidak menyusu dgn efeksyen atau kurang menyusu. Matlamat kita mengepam adalah utk mengeluarkan susu dari payudara / meningkatkan kekerapan payudara menjadi kosong.

- Bahan Peransang penambah susu
contohnya ubat-ubatan atau herba utk menambah phasilan susu. Perlu diingat, ia hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan kita betul. Ia bukanlah jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu.

Sunday, 17 November 2013

Tanda-tanda bayi anda mendapat susu ibu yang mencukupi

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyususu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah: 

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran


Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut: 
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masin berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. 

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila: 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

Saturday, 16 November 2013

Tips-tips untuk mengatasi anak yang memilih dan sukar untuk makan


  1. Beri si anak makan ketika mereka lapar. Kitaran semulajadi akan berkembang dan ibu akan dapat mengatur rutin makan mereka.
  2. Biarkan si anak makan dengan sendirinya dan jangan memaksa anak makan sehingga pinggannya licin bersih kerana perbuatan tersebut akan memberikan tekanan kepada si anak dan akan mengurangkan selera makannya.
  3. Jika si anak menolak  sesetengah makanan, jangan cepat putus asa. Ulangi proses itu di kemudian hari dan ibu perlu mencuba sehingga 15 kali sebelum makanan tersebut diterima oleh si anak.
  4. Cipta suasana pemakan yang tenang. Ibu juga boleh memasang muzik yang riang untuk si anak. Jangan sesekali memasang TV kerana ini akan membuatkan si anak tidak memberi tumpuan untuk makan.
  5. Kerap memberikan jumlah makanan yang kecil dengan bentuk yang menarik sebagai permulaan dan berikan sedikit penambahan jika mereka masih lagi lapar.
  6.  Apabila si anak tidak suka sayur, hidangkan sayur tersebut secara tersembunyi seperti bayam yang dicincang dalam adunan cucur, lobak blend di dalam bergedil. Atau gantikan sayur tersebut dengan memberikan si anak buah-buahan di dalam menu mereka.
  7. Usahakan makan bersama keluarga. Si anak cenderung untuk meniru perbuatan orang dewasa. Jika mereka melihat ibu dan bapa mereka makan dengan banyak, mereka juga cenderung untuk makan dengan seleranya.
  8.  Berikan mereka penghargaan dan pujian jika mereka Berjaya menghabiskan makanan mereka. Jangan lupa untuk memerhati atau membicarakan tentang makanan lain yang menjadi kegemaran mereka.
Yang paling penting adalah ibu haruslah bersabar! Selera makan si anak mungkin akan berubah dari hari ke hari. Jadi adalah sangat penting untuk memberikan makanan seimbang untuk mereka.

Wednesday, 13 November 2013

Makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berusia 2 tahun



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan


1. Semua makanan pejal: Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan


1. Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat: Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.


2. Makanan Yang Telah Diproses: Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.


3. Putih Telur: Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.


4. Buah-buahan Citrus: Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.


5. Madu: Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!


6. Kacang, Mentega Kacang: Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.


7. Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur: Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.


8. Makanan Laut: Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.


9. Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.


10. Jus Buah Pekat: Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


11. Gandum dan Produk Gandum: Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

12. Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah: Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan


1. Susu Rendah Lemak: Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


2. Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah: Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Manfaat utama GLA Complex




Manfaat utama GLA Complex Shaklee

1. Memelihara kesihatan

Borage adalah sejenis herba yang digemari oleh orang barat. Borage berfungsi sebagai:
-meningkatkan stamina
-mengeluarkan virus
-melegakan kelesuan
-merawat ulser
-meringankan kebas urat saraf
membersihkan kahak

2. Meningkatkan hormon estrogen dan testosterone

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.


3. Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopause seperti berpeluh-peluh, insomia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utam bagi meningkatkan kesuburan. 

GLA mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

GLA juga membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil 'cecair kesuburan' di dalam rahim. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk telur dan sperma untuk terus hidup sehingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

5. Mencantikkan kulit.

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6. Mencantikkan rambut.

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah keguguran rambut.

7. Pelansingan.

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8. Menentang kanser.

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9. Menghalang komplikasi diabetes.

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

10. Menghalang tekanan darah tinggi.

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung)

11. Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

Berikut adalah testimoni pengguna GLA Complex yang berjaya.





sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Thursday, 7 November 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:


  1. tanah, yang bersifat kering;
  2. api, bersifat panas;
  3. udara, sejuk;
  4. dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

  1. bidan kampung;
  2. pengasuh khusus;
  3. emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. 
  1. Bengkung
  2. Urut-mengurut
  3. Jamu
  4. Bertungku
  5. Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.

"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Wednesday, 23 October 2013

Diet Untuk Wanita Sihat Yang Menyusui Bayi

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui 

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum bayak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum 

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak 

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui 

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Sunday, 20 October 2013

Ingin Kekal Sihat dan Bebas Bergerak?

Kesihatan sendi 

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.


Saket sendi dan ketidakselesaan

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergarakan terbatas. 

Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. 

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi saket sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Tuesday, 17 September 2013

Anak Montel, Sihat, dan Pandai


Ha, inilah anak Shaklee saya. Saya mengambil vitamin Shaklee sejak dalam pantang lagi. Alhamdulillah, kini anak saya berumur 14 bulan. Sihat dan kekal montel. waktu kecil2 dulu lagi lah montel nye. Apa? nk tengok? Ok ok, tgk dibawah ye.


Ini Iman sewaktu lima bulan. Memang montel. Semua orang geram. Terutama pehanya. Bersyukur sangat ditemukan dengan vitamin Shaklee ini. setakat ini Iman baru 2kali sahaja demam, 1 kali selsema dan 1 kali batuk. Walaupon travel jauh2 dan kerap, maklumla saya tinggal di Perlis. Tapi kampung di Kuantan, Pahang. perjalanan mengambil masa 10jam. Lama tu. Alhamdulillah, Iman tak pernah jatuh saket walaupun travel jauh macam tu. Melihat kesihatan Iman yang cemerlang ini, suami saya sangat menggalakkan saya meneruskan pengambilan vitamin Shaklee ini dan menjadi salah seorang distributor. Kami sangat gembira dengan hasilnya. Bak kata orang, "Berbaloi baloi gitu". hehehehe.

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Wednesday, 4 September 2013

Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa. 

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Sunday, 1 September 2013

Advanced Joint Health Tablet



Kesihatan Sendi Berpanjangan


Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana ia berkesan???
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:
1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia:
~Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan

Ekstrak Boswellia adlah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak Jagung:
~Membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagungmembekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggallakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara tisu penyambungan yang sihat.
Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C
~nutrien penting dalam kesihatan sendi

Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.


Thursday, 11 July 2013

RESDUNG - atasinya dengan "SET RESDUNG"




Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tetapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.
Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, atasinya dengan "SET RESDUNG" shaklee.


Set Resdung Shaklee mengandungi vitamin B Compleks, vitamin C dan Alfalfa





sebagai agen penenang dan penstabil hormon











antioksidan, membaiki sel-sel rosak





mengurangkan keradangan dan gatal-gatal akibat penyakit diatas











Set ini juga boleh diambil bagi yang mengidap ALERGY, ASTHMA dan EKZEMA

sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 019-9290887 atau email khairunnisaahmad2406@gmail.com.
"Pek mampu milik" juga disediakan bagi yang mempunyai kekangan kawangan.

Monday, 1 July 2013

Power Pumping

Power Pumping

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!